Tsunami threat to coastal areas of Sabah, East Malaysia

702001-100504-302-B
Author : John Kuna Raj
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 51-57
Volume Number : 53
Year : 2007
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm53200709

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 53, June 2007, pp. 51 – 57

 

Tsunami threat to coastal areas of Sabah, East Malaysia

John Kuna Raj

Department of Geology, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia


Abstract: A study of the regional tectonic setting and a review of historical data on earthquakes and tsunami indicate that there is no threat from local tsunami to the coastal areas of west Sabah fronted by the South China Sea. Distant tsunami, generated by earthquakes along a subduction zone marked by the Manila Trench at the northeast end of the South China Sea, also do not pose a threat to the coastal areas of west Sabah in view of the wide continental shelf that will lead to insignificant run-ups (<0.5 m). There is also no threat of local tsunami to the coastal areas of northeast Sabah fronted by the Sulu Sea, though distant tsunami generated by large magnitude (Ms>7.0) earthquakes with shallow foci (<33 km depth) along the subduction zone marked by the Negros Trench at the north end of the Sea may reach these coastal areas. The wide continental shelf fronting the northern and central sectors of northeast Sabah will, however, result in insignificant runups (<0.5 m) of these distant tsunami, though the narrower continental shelf off the east Dent Peninsula may result in locally significant run-ups (>0.5 m). Tsunami that have occurred in the Sulu Sea, however, have so far only been of a local significance. There is also no threat of local tsunami to the coastal areas of east Sabah fronted by the Sulawesi Sea, though distant tsunami generated by earthquakes along subduction zones marked by the Cotabato and North Sulawesi trenches along the north and south edges of the Sea, respectively, may reach these coastal areas. The relatively wide continental shelf along most coastal areas of east Sabah will, however, result in insignificant run-ups (<0.5 m) of these distant tsunami, though the narrow continental shelf fronting the coastal areas of the Dent and Semporna Peninsulas may lead to locally significant run-ups (>0.5 m high). Tsunami that have occurred in the Sulawesi Sea, however, have so far only been of a local significance and have been generated by large magnitude (Ms>7.0) earthquakes with shallow foci (<33 km depth) along the subduction zones marked by the Cotobato and North Sulawesi Trenches.

 

Abstrak: Kajian kedudukan tektonik serantau serta rekod sejarah gempabumi dan tsunami menunjukkan bahawa kawasan pantai barat Sabah yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan tidak menghadapi ancaman tsunami tempatan. Tsunami jarak jauh yang dijanakan oleh gempabumi di zon subduksi yang ditandakan oleh Parit Lautan Manila di hujung timur laut Laut China Selatan juga tidak menunjukkan sebarang ancaman kepada kawasan pantai barat Sabah berikutan kewujudan pentas benua yang lebar mengakibatkan paras limpahan yang rendah (<0.5 m). Tsunami tempatan tidak memberi ancaman terhadap kawasan pantai timur laut Sabah yang dikelilingi oleh Laut Sulu walaupun tsunami jarak jauh yang dijanakan oleh gempa bumi bermagnitud tinggi (Ms>7.0) dengan focus yang cetek (<33 km kedalaman) di sepanjang zon subduksi yang ditandakan oleh Parit Lautan Negros di hujung utara Laut Sulu berkemungkinan sampai ke pantai kawasan ini. Pentas benua yang sangat lebar di bahagian utara dan tengah kawasan pantai timur laut Sabah mengakibatkan limpahan air yang rendah (<0.5 m), manakala pentas benua yang lebih sempit di timur Semenanjung Dent pula berupaya mengakibatkan paras limpahan tempatan yang lebih tinggi (>0.5 m). Walaubagaimanapun, tsunami yang telah berlaku di Laut Sulu hanya memberi kesan secara tempatan sahaja. Kawasan pantai timur negeri Sabah yang dikelilingi oleh Laut Sulawesi juga tidak menghadapi ancaman tsunami tempatan, tetapi boleh dipengaruhi oleh tsunami jarak jauh yang dijanakan oleh gempabumi di sepanjang zon-zon subduksi yang ditandakan oleh Parit Lautan Cotabato dan Sulawesi Utara yang terletak di hujung utara dan selatan Lautan Sulawesi. Pentas benua yang lebar di hadapan kebanyakan kawasan pantai timur negeri Sabah hanya mengakibatkan paras limpahan yang rendah sahaja (<0.5 m), manakala di hadapan Semenanjung Dent dan Semporna, paras limpahan tempatan yang lebih tinggi (>0.5 m) boleh terjadi berikutan pentas benua yang lebih sempit di sini. Walaubagaimanapun, tsunami yang telah berlaku di Laut Sulawesi hanya memberi kesan tempatan sahaja. Tsunami tersebut yang telah dijanakan oleh gempabumi bermagnitud besar (Ms>7.0) dengan fokus yang cetek (<33 km kedalaman), telah berlaku di sepanjang zon-zon subduksi yang ditandakan oleh Parit Lautan Cotabato dan Sulawesi Utara.

https://doi.org/10.7186/bgsm53200709


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258