Penilaian Geokepelbagaian di Pulau Anak Burau, Langkawi ( The Assessment of Geodiversity of Anak Burau Island, Langkawi )

702001-100514-312-B
Author : Tanot Unjah dan Ibrahim Komoo
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 121-127
Volume Number : 52
Year : 2006
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm52200616

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 52, June 2006, pp. 121 – 127

 

Penilaian Geokepelbagaian di Pulau Anak Burau, Langkawi 

(The Assessment of Geodiversity of Anak Burau Island, Langkawi)

Tanot Unjah dan Ibrahim Komoo

Institute For Environment and Development (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia 

Abstrak: Pulau Anak Burau yang terletak di hujung tanjung antara Teluk Burau dan Teluk Kok merupakan satu-satunya pulau baki yang terbentuk daripada batuan granit di Kepulauan Langkawi. Pulau yang terbentuk membujur dengan ketinggian sekitar 15m ini membentuk pantai berbatu yang meluas dan mempamerkan kepelbagaian geologi yang tinggi terutamanya kepelbagaian batuan, kepelbagaian struktur dan rupabumi. Kepelbagaian batuan meliputi granit portiri bersaiz sederhana dan kasar, granit berbutir halus (aplit), pegmatit dan diorit. Kepelbagaian struktur meliputi kehadiran xenolithos, telerang, daik, sesar dan sistem kekar. Kepelbagaian batuan dan struktur dibantu oleh proses sekitar pantai telah mempengaruhi pembentukan landskap pantai berbatu yang menunjukkan kepelbagaian rupabumi dan fitur geomorfologi yang tinggi. Antaranya ialah teres hakisan laut, tebing curam dan pembentukan bongkah pelbagai saiz. Salah satu fitur geomorfologi yang luarbiasa dipersisiran pulau ini ialah fitur ‘seakan-karren‘ yang berkembang baik dipermukaan batuan granit hasil interaksi proses ombak, aliran pasang-surut, corak struktur dan komposisi batuan.

 

Abstract: Anak Burau Island, situated at the tip of the headland between Burau Bay and Kok Bay, is the only residual granite island in Langkawi. The island is oval shaped with the highest point at about 15m, forming an extensive rocky beach, which displays rock, structure and landscape geological diversities. Rock diversity includes porphyritic granite from medium to coarse grains including fine granite (aplite), pegmatite and diorite. Structural diversity includes xenolithes, veins, dyke, fault and joint systems. Rock and structure diversities assisted by sea erosion form the rocky beach with high landscape and geomorphological diversity. Among those features observed are marine platform, cliffs and various sizes of boulders. One of the outstanding geomorphological features observed along the coast of the island is a well develop ‘karren-like‘ feature on the granite surface, which was formed by waves and tidals processes and added by structural pattern and composition of the rock.

https://doi.org/10.7186/bgsm52200616