Pemetaan gua batu kapur di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang


Author : Hamzah Zakaria, Kamal Roslan Mohamed & Che Aziz AliPublication : Bulletin of the Geological Society of MalaysiaVolume : 49Page : 43-50Year : 2004


Description

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 49, April 2004, pp. 43 - 50

 

Pemetaan gua batu kapur di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang

HAMZAH ZAKARIA, KAMAL ROSLAN MOHAMED & CHE AZIZ ALI

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

 

Abstrak: Gunung Senyum merupakan bukit batu kapur yang terdiri daripada batu kapur berusia Perm-Trias. Jujukan Batu Kapur Gunung Senyum terdiri daripada batu kapur tebal hingga masif dan bewarna kelabu hingga cerah. Sebanyak 12 buah gua telah dipetakan dengan terperinci untuk mengenalpasti jenis dan kedudukan fitur-fitur yang ada. Antara gua-gua tersebut ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Terang Bulan, Gua Taman Dua, Gua Makam Tok Long dan Gua Taman Impian. Beberapa fitur landskap yang menarik telah dikenalpasti dan boleh dimajukan untuk tarikan pelancongan. Antaranya stalagmit berbentuk buah konifer yang mungkin mempunyai persamaan dengan Palm Trunk stalagmite yang jarang terdapat di gua-gua batu kapur di Malaysia. Stalagmit unik ini dan dolina-dolina yang berasosiasi dengannya dicadangkan sebagai monumen geologi Negeri Pahang. Keadaan landskap, gua dan jalan-jalan rintisan sekeliling perbukitan dan ke Gunung Jebak Puyuh berpotensi untuk aktiviti riadah, sukan tahan lasak dan treking rimba.

 

Abstract: The Gunung Senyum is a limestone hill consisting of a Permian-Triassic limestone. Gunung Senyum Limestone Formation is made up of a thick and massive limestone, and light to dark gray in color. Twelve caves were mapped in detail in order to identify the types and to determine the exact location of cave features. Among those caves are Gua Kolam Tujuh, Gua Terang Bulan, Gua Taman Dua, Gua Makam Tok Long and Gua Taman Impian. Some interesting landscape features are potential tourism attractions such as stalagmite with coniferous shape, stalagmite resembling palm trunk, which are considered rare features in Malaysian limestone caves. These unique stalagmites and associated dolines can be proposed as geological monuments for the state of Pahang. The landscape, caves and tracks built around the hill and to Gunung Jebak Puyuh are potential for recreations, extremes sport and jungle tracking.