Geoindikator tanah runtuh di kawasan pembangunan: kajian kes di Daerah Hulu Langat

702001-100652-460-B
Author : James Bachat, Joy Jacqueline Pereira & Ibrahim Komoo
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 187-191
Volume Number : 46
Year : 2003
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm46200331

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 46, May 2003, pp. 187 – 191

 

Geoindikator tanah runtuh di kawasan pembangunan: kajian kes di Daerah Hulu Langat

JAMES BACHAT, JOY JACQUELINE PEREIRA DAN IBRAHIM KOMOO

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

 

Abstrak: Kajian ini memperkenalkan geoindikator untuk penilaian tanah runtuh di Daerah Hulu Langat. Parameter fizikal yang berkait rapat dengan kejadian tanah runtuh telah dikenalpasti dan dibincangkan dalam konteks kesesuaiannya sebagai geoindikator. Parameter tersebut ialah litologi, kecuraman cerun, ketumpatan saliran, litupan tanah dan ketumpatan lineamen. Setiap satu daripada parameter ini telah dibahagikan kepada beberapa kelas dan berdasarkan kepada nilai ini, taburan, bilangan dan kekerapan tanah runtuh telah ditentukan. Hasil awalan mendapati bahawa kedua-dua bilangan dan kekerapan tanah runtuh merupakan geoindikator yang sesuai dikaitkan dengan parameter litologi, kecuraman cerun, ketumpatan saliran dan litupan tanah, manakala ketumpatan lineamen tidak sesuai sebagai geoindikator tanah runtuh.

Abstract: The paper focuses on the identification of potential geoindicators for the assessment of landslides in the District of Hulu Langat. Physical parameters related to landslide occurrences are identified and discussed within the context of their suitability as geoindicators. The parameters are lithology, slope gradient, drainage density, land cover and lineament density. Each parameter is divided into several classes where the number and frequency of landslides in each class was determined. Preliminary results indicate that both the number and frequency of landslides are useful geoindicators for parameters such as lithology, slope gradient, drainage density and land cover while lineament density has not yielded useful landslide geoindicators.

https://doi.org/10.7186/bgsm46200331


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258