Teknik-teknik geoelektrik dalam Pemetaan air masin di Kuala Selangor

702001-100702-500-B
Author : Siti Zalipah Jumary, Umar Hamzah, Abdul Rahim Samsudin & Edna Pills Malim
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 319-322
Volume Number : 45
Year : 2002
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm45200249

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 45, May 2002, pp. 319 – 322

 

Teknik-teknik geoelektrik dalam Pemetaan air masin di Kuala Selangor

(Mapping of groundwater salinity at Kuala Selangor by geoelectrical techniques)

Siti Zalipah Jumary, Umar Hamzah, Abdul Rahim Samsudin & Edna Pilis Malim

Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, D.E., Malaysia

 

Abstrak: Kaedah duga-dalam menegak dan pengimejan geoelektrik telah digunakan untuk memetakan taburan kemasinan air tanah yang terdapat di sekitar kawasan pantai di Kuala Selangor. Kajian ini adalah susulan daripada beberapa penggerudian pemantauan air bawah tanah yang terdapat dalam akuifer aluvium di beberapa lokaliti terpilih oleh Jabatan Mineral dan Geosains. Analisis geokimia keatas air tanah tersebut menunjukkan perbezaan darjah kemasinan bergantung kepada kedudukan perigi pemantauan. Kawasan yang lebih hampir dengan pantai dan juga sungai mempunyai darjah kemasinan yang tinggi berbanding dengan kawasan yang agak jauh daripada pantai dan sungai. Kemasinan ini dipercayai berasal daripada samada intrusi air laut atau infiltrasi air sungai berhampiran ketika berlaku perubahan pasang-surut. Ketebalan akuifer adalah 20 hingga 30 meter dan terdiri daripada pasir dan kelikir bercampur dengan kekanta lempung. Akuifer ini berada di atas batu dasar metasedimen dan juga granit. Lapisan lempung kuning setebal 15 m dan mengandungi kekanta pasir dan lodak didapati menutup akuifer ini di bahagian atas. Kajian geoelektrik telah dilakukan di sekitar kawasan pemantauan untuk memetakan taburan kemasinan air bawah tanah secara keseluruhan. Dua teknik survei iaitu duga-dalam menegak dengan susunatur Schlumberger dan pengimejan sisi-menegak telah diguna pakai untuk mencapai tujuan tersebut. Bagi teknik duga-dalam menegak, jarak elektrod arus maksimum yang di gunakan ialah 300 meter. Survei pengimejan elektrik pula menggunakan sistem susunatur eketrod Wenner. Hanya empat elektrod digunakan dalam survei duga-dalam manakala 50 elektrod yang disambungkan dengan kabel multi teras telah digunakan dalam survei pengimejan. Alat ABEM SAS 300C digunakan untuk mengukur keupayaan elektrik dan kotak suis digunakan untuk memilih kedudukan elektrod arus dan keupayaan. Panjang rebakan maksimum bagi survei pengimejan ialah 200 meter. Data analisis kimia yang dilakukan keatas sampel air bawah tanah akan digunakan sebagai data tambahan dalam pentafsiran. Sejumlah 45 stesen duga-dalam elektrik telah dilakukan di sepanjang tiga jalan raya utama yang merentasi kawasan kajian dan pada arah menegak dengan garis pantai. Jarak diantara setiap stesen ialah di antara 1-2 kilometer dan jumlah panjang garis survei ialah 60 kilometer. Hasil survei duga-dalam elektrik menunjukkan air bawah tanah di kawasan kajian boleh dibahagikan kepada air tawar, masin dan payau dan sempadan diantara air payau dan masin terletak di sekitar 4-8 kilometer daripada garis pantai. Keputusan ini sesuai dengan zon pemetaan klorida yang diperolehi melalui analisis air tanah. Sempadan air tawar – air payau dan air payau – air masin dapat dilihat dengan jelas melalui survey pengimejan elektrik di beberapa lokaliti yang telah ditentukan dengan bantuan survei duga-dalam dan analisis klorida.

Abstract: Vertical electrical sounding and resistivity imaging techniques are used to map the salinity distribution of the groundwater near the coastal area of Kuala Selangor. This survey is carried out in conjunction with the groundwater drilling of the alluvium aquifer by the Mineral and Geoscience Department. Geochemical analysis data shows that the salinity of the pumped water varies with different locality. Areas closer to the coast and river show higher salinity while samples taken from areas towards the inland are lower in salinity. The high groundwater salinity in some areas is believed to be due to either saltwater intrusion from the nearby sea or river infiltration during tide season. Thickness of aquifer varies from 20 to 30 metres and it consists of sand and gravel mixed with clay lenses. This aquifer is lying on top of metasediment and granite bedrocks and overlain by approximately 15 metres of yellowish brown hard clay with sand and silt lenses. Electrical surveys are carried out in the monitoring area in order to map the groundwater salinity distribution of the whole area. Vertical electrical sounding with Schlumberger electrode array and lateral-vertical imaging technique are used throughout the mapping. In the vertical electrical sounding technique, maximum current electrode spacing used is 300 metres. Wenner electrode configuration system is applied in the electrical imaging survey. Only 4 electrodes are used in the vertical electrical sounding while 50 electrodes connected by a multicore cable is employed for the electrical imaging. ABEM SAS 300C resistivity meter is used for potential measurement and selection of potential and current electrodes is made by a switch box. Maximum electrode spacing used in electrical imaging is 200 metres. Chemical analysis data of the groundwater samples will be used as a supplementary information in the interpretation. Vertical electrical sounding measurement is made at 45 stations along three main roads across the survey area in a direction perpendicular to the coast. Distance between each station is about 1-2 kilometres and the total length of the survey lines are about 60 kilometres. Vertical electrical sounding results show that the groundwater in the area can be divided into fresh, brackish and saline and the boundaries between brackish and saline is along 4-8 kilometres from the coastal line. This result is in agreement with the mapping of the chloride zones through underground water sampling. Boundaries of fresh-brackish and brackish-saline zones are also detected in the electrical imaging results at several selected localities determined from the previous sounding and chloride analysis.

https://doi.org/10.7186/bgsm45200249


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1246