Stratigrafi seismos Lembangan Penyu, Laut Cina Selatan

702001-100709-507-B
Author : Liw Yen Chai, Umar Hamzah, Wan Ismail Wan Yusuf & Abdul Rahim Samsudin
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 277-282
Volume Number : 45
Year : 2002
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm45200242

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 45, May 2002, pp. 277 – 282

 

Stratigrafi seismos Lembangan Penyu, Laut Cina Selatan

Liw Yen Chai, Umar Hamzah, Wan Ismail Wan Yusuf & Abdul Rahim Samsudin

Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor D.E., Malaysia

 

Abstrak: Satu pendekatan stratigrafi seismos telah dilakukan keatas enapan sedimen disekitar lembangan Penyu yang terdapat dibahagian lepas pantai Pahang di Laut Cina Selatan. Pengcaman yang dilakukan keatas enapan lembangan berpelantar tersebut termasuklah jujukan seismos, fasies seismos dan sekitaran pengenapan. Lembangan Penyu pada amnya berada pada sekitaran benua pada zaman Tersier Awal. Sejak Miosen Awal hingga Tengah, sekitaran lembangan pada amnya berubah kepada pantai manakala sekitaran lautan adalah dominan pada zaman Pliosen. Majoriti bahan telah dienapkan pada sekitaran benua dan pantai. Cuma sedikit sahaja dibahagian termuda adalah merupakan bahan enapan lautan. Dari kajian fasies seismos, telah ditemui sebanyak 8 pemantul utama yang membahagikan 8 jujukan seismos. Fasies seismos yang mewakili enapan cerun dan dasar lembangan dicamkan sebagai enapan kipas dan komplek kemaraan serta enapan beting pasir garis pantai yang dicirikan oleh kehadiran lapik mara bawah yang dominan. Fasies ini ditafsirkan mewakili saluran sistem surut. Enapan saluran sistem transgresi yang menindih saluran surut dicamkan dengan permukaan transgresi, satah kebanjiran maksimum dan juga retrogred iaitu kemaraan songsang pada arah benua. Manakala saluran sistem pasang dikenali dengan meneliti lapik bawah yang menindih saluran transgresi serta lapik kemaraan. Kajian fasies seismos dan fitur-fitur enapan pula boleh dikaitkan dengan sekitaran pengendapan. Di antara fitur yang dikenal pasti termasuklah palung sungai kuno dan delta kemaraan menyerong yang berada dalam fasies kacau. Sekitaran enapan yang ditafsirkan ialah pantai yang berhampiran dengan muara sungai. Sekitaran lautan tenang yang terdiri dari enapan kaya lempung ditunjukkan oleh fasies seismos beramplitud rendah dan kurang pantulan. Penurunan paras laut maksimum yang dicirikan oleh hakisan diwakili oleh fasies seismos pangkasan erosi, satah hakisan selaras dan lembah tertoreh. Fitur delta kemaraan sigmoid juga telah ditemui di bahagian atas permukaan erosi yang boleh ditafsirkan sebagai mewakili sekitaran air cetek bertenaga rendah.

Abstract: A seismic stratigraphy approach has been applied to the Penyu basin sedimentary deposits, located offshore Pahang in the South China Sea. Seismic sequences, seismic facies and the depositional environments are identified in the shelf basin deposits. In the early Tertiary, the Penyu basin was under terrestrial environment. Since early to middle Miocene, it was exposed to a coastal environment and finally was dominated by a marine environment in the Pliocene age. Most of the sediments are deposited under terrestrial and coastal environments, with only some marine deposits in the youngest part of the basin. A total of 8 major reflectors dividing 8 seismic sequences are identified from the seismic facies analysis. Seismic facies representing slope and basin floor deposits are identified as fan and prograding complex deposits. Shoreline sand deposits are characterized by dominant downlaps. All of these deposits are within the lowstand system tract. Transgressive system tract deposits overlying the lowstand system tract begins from the transgressive surface which marked the retrograding and backstepping onlaps towards the continental shelf. On the other hand, highstand system tracts are marked by the downlap on top of transgressive tract and by prograding onlap. All seismic facies and sedimentary features are related to the environment of deposition. Among the features recognized include ancient river channels and oblique prograding delta embedded within the chaotic facies. These features are interpreted as representing lower coastal plain environment. Low amplitude and laterally continuous reflectors are interpreted as quiet marine environment with clay dominant deposits. Maximum sea level fall is characterized by erosional truncations, conformable erosional surfaces and incised valleys. Sigmoidal prograding delta is also found in certain seismic section overlying an erosional surface indicating shallow water low energy environment.

https://doi.org/10.7186/bgsm45200242


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258