Kajian geokimia batuan igneus di sepanjang Jalan Kulai-Simpang Layang-Layang, Kulai, Johor Darul Takzim

702001-100711-517-B
Author : Arshnah Durrah Bt. Haji Arshad & Mohd Rozi Bin Umor
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 207-216
Volume Number : 45
Year : 2002
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm45200231

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 45, May 2002, pp. 207 – 216

 

Kajian geokimia batuan igneus di sepanjang Jalan Kulai-Simpang Layang-Layang, Kulai, Johor Darul Takzim

(Geochemical study of igneous rocks along the Kulai road to Simpang Layang-Layang, Kulai, Johor Darul Takzim)

Arshnah Durrah Bt. Haji Arshad dan Mohd Rozi Bin Umor

Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

 

Abstrak: Kajian geokimia telah dijalankan ke atas batuan igneus yang terdapat di sepanjang jalan Kulai hingga ke Simpang Layang-Layang, Johor. Ia meliputi kawasan seluas 76.38 km2 yang merangkumi kawasan Ayer Bemban, Ayer Manis dan Bukit Batu. Kajian ini bertujuan untuk menentukan proses pembentukan dan asalan magma sama ada berasal daripada granit mandala timur atau granit mandala barat. Batuan igneus yang terdapat di kawasan kajian boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu granit merah jambu, granit kelabu cerah dan granit berfenokris feldspar alkali serta dua korok berkomposisi dasit dan basalt. Hasil analisis geokimia menunjukkan bahawa batuan yang terdapat di kawasan kajian adalah batuan jenis siri kalk-alkali. Secara keseluruhannya, batuan di kawasan kajian merupakan granit jenis I, kecuali batuan granit merah jambu yang menunjukkan cirian granit jenis S disebabkan berlaku pencemaran oleh batuan keliling semasa pembentukannya. Batuan granit kelabu cerah dan granit merah jambu merupakan batuan peralumina manakala granit berfenokris feldspar alkali, korok dasit dan basalt adalah batuan metalumina. Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan batuan igneus di sepanjang jalan Kulai ke Simpang Layang-Layang merupakan granit jenis I dan berada di dalam mandala tengah Semenanjung Malaysia.

Abstract: Geochemical studies for igneous rocks was done along the Kulai-Simpang Layang-Layang road, Johor. The areas covered in this study include the Ayer Bemban, Ayer Manis and Bukit Batu areas. The total area of study is about 76.38 km2. The purpose of the geochemical study was to classify and determine the chemical behaviour, correlation and crystallization history of igneous rocks, identify their genesis and origin of magma, and whether they originated from the Central Belt Granite or the Western Belt Granite. The igneous rocks can be divided into five groups, namely the pink granite, pale grey granite and granite with alkali feldspar phenocrysts and two aplite dykes namely dacite and basalt. Result from geochemical analysis show that rocks in the study area is from the calc-alkaline series. All of the igneous rocks in the study area are defined as I-type granite except for the pink granite, which have S-type granite characteristic because of assimilation by the country rock during crystallization. Pale gray granite and pink granite are classified as peraluminous while the granite with alkali feldspar phenocrysts, dacite and basalt are metaluminous rocks. The study reveals that all igneous rocks along the road from Kulai to the junction of Layang-Layang area are I-type granite and considered as part of Central Belt Granite.

https://doi.org/10.7186/bgsm45200231


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258