Landskap geologi Kompleks Migmatit Stong Kelantan

702001-100711-517-B
Author : Tanot Unjah, Ibrahim Komoo & Hamzah Mohamad
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 201-206
Volume Number : 45
Year : 2002
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm45200230

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 45, May 2002, pp. 201 – 206

 

Landskap geologi Kompleks Migmatit Stong Kelantan

Tanot Unjah1, Ibrahim Komoo1 dan Hamzah Mohamad2

1Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

2Program Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

 

Abstrak: Landskap geologi Kompleks Stong dikelaskan sebagai landskap pergunungan muda. Landskap geologi ini dicirikan oleh keunikan geologi seperti kehadiran batuan magmatit pelbagai jenis, struktur sisipan (enclave) dan kepelbagaian telerang serta keistimewaan landskap seperti pembentukan puncak tor dan siri air terjun dan jeram yang mempunyai nilai estetik, rekreasi dan saintifik tinggi. Pembentukan landskap ini dikaitkan dengan aktiviti magma secara dinamoterma yang luarbiasa membentuk batuan magmatik dan keindahan bentuk landskap yang diukir oleh proses eksogen. Beberapa geotapak yang bernilai warisan tinggi dari segi estetik, rekreasi dan saintifik dalam landskap ini telah dikenalpasti.

Abstract: Geological landscapes of Stong Complex Migmatic is classified as a young mountain landscape. This landscape is characterised with geological uniqueness such as the presence of variety in magmatic rock, enclave structure and vein diversity as well as distinct landscape, such as the formation of tor and series of rapids with high aesthetic, recreational and scientific values. The shaping of this landscape is associated with magmatic and rare dynamothermal process resulting in unique and scenic landscape feature crafted by exogenic processes. Several geosites with high heritage value in terms of aesthetic, recreational and scientific have been identified.

https://doi.org/10.7186/bgsm45200230