Sebaran bahan pencemaran dalam sistem air tanah di tapak sisa domestik Gemencheh, Negeri Sembilan

702001-100769-567-B
Author : Mohd Tadza Abdul Rahman, Daud Mohamad, Abdul Rahim Samsudin dan Tan Teong Hing
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 21-33
Volume Number : 44
Year : 2000
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm44200004

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 44, July 2000, pp. 21 – 33

Sebaran bahan pencemaran dalam sistem air tanah di tapak sisa domestik Gemencheh, Negeri Sembilan

Mohd Tadza Abdul Rahman1, Daud Mohamad1, Abdul Rahim Samsudin2 & Tan Teong Hing2

1Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Kem. Sains, Teknologi & Alam Sekitar, Bangi, 43000 Kajang, Selangor D.E.

2Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor D.E.

 

Abstrak: Tapak pelupusan sisa domestik di Gemencheh, Negeri Sembilan adalah merupakan kawasan lembah merangkumi kawasan seluas 15 ekar terletak pada garis lintang 102°21‘ – 102°28‘ dan garis bujur 2°32‘ – 2°36‘ lebih kurang 150 km ke selatan dari Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Semenjak ianya mula beroperasi pada tahun 1981, lebih kurang sebanyak 39,780 ton metrik (lebih kurang 2,340 ton metrik setahun) dan setinggi 1-2 meter sisa domestik telah dilupuskan di tapak tersebut. Tapak pelupusan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu arah ke timur laut merupakan timbunan lama manakala arah ke barat daya merupakan timbunan baru. Kaedah pelupusan sisa domestik adalah di atas permukaan tanah dengan menggunakan sistem terbuka. Tapak pelupusan sisa domestik di Gemencheh ini merupakan kawasan granitoid yang dilitupi oleh tanah baki terhasil dari luluhawa granitoid. Pada umumnya kandungan tanah baki adalah terdiri dari lapisan lodak berpasir atau lempung berpasir dan lapisan pasir berlodak. Aliran air tanah di tapak pelupusan dipengaruhi oleh kawasan imbuh yang datangnya dari arah barat laut, barat daya dan tenggara. Memandangkan bahawa bahan-bahan dari sisa domestik berpotensi menjadi punca pencemaran kepada sistem air tanah, pengesanan terhadap pengangkutan bahan pencemaran ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah nuklear, kaedah geofizik dan kaedah hidrokimia. Kaedah-kaedah ini dapat memberikan gambaran mengenai halaju, arah dan penyebaran bahan pencemaran dalam sistem air tanah. Hasil dari kajian didapati bahawa halaju di zon sisa domestik adalah diantara 0.2 – 8.0 meter/hari. Halaju yang turun naik dan tidak seragam ini bergantung kepada sama ada medium adalah lapisan lempung berpasir, lapisan lodak berpasir atau pasir berlodak. Selain daripada itu, halaju juga bergantung kepada imbuhan. Arah dari pengangkutan bahan pencemaran pada mulanya mengikut arah aliran serantau iaitu ke timur tetapi akhirnya aliran bahan pencemaran mengarah ke timur laut mengikut arah aliran air permukaan. Dari penentuan penyebaran klorida, sulfat, nitrat dan keberkonduksian elektrik didapati bahawa pengangkutan bahan pencemaran bergerak setempat dan terhad kepada kawasan tapak timbunan sisa domestik sahaja.

https://doi.org/10.7186/bgsm44200004


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258