Beberapa sifat geologi kejuruteraan batuan porfir kuarza, kawasan Genting Sempah, Selangor-Pahang


Author : Abdul Ghani Rafek dan Tosri AminPublication : Bulletin of the Geological Society of MalaysiaVolume : 39Page : 27-32Year : 1996


Description

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 39, July 1996, pp. 27 - 32

 

Beberapa sifat geologi kejuruteraan batuan porfir kuarza, kawasan Genting Sempah, Selangor-Pahang

(Some engineering geological properties of quartz porphyry, Genting Sempah area, Selangor-Pahang)

ABDUL GHANI RAFEK DAN TOSRI AMIN

Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

Abstrak: Batuan porfir kuarza atau porfir riolit adalah penamaan umum salah satu jenis batuan yang membentuk sisa bumbung di atas banjaran Titiwangsa di Kawasan Genting Sempah, Selangor-Pahang. Batuan ini berupa batuan volkano, berteksur porfir dengan warna kelabu dan kelabu kehijauan sebagai warna utama. Fenokris bersaiz butiran sederhana (2 mm-5 mm) dan jisim latar adalah halus (<2 mm).

Penentuan kekuatan batuan porfir kuarza ini membolehkan batuan tersebut dikelaskan sebagai sangat kuat, dengan nilai purata kekuatan mampatan sepaksi sebanyak 222 MPa dan nilai maksimum 235 MPa. Nilai purata indeks beban titik adalah 9.7 MPa manakala nilai purata kekuatan regangan (Ujian Brazil) ialah 16.5 MPa. Kehadiran ketakselanjaran menyebabkan penyusutan nilai kekuatan. Bagi kekuatan mampatan sepaksi penyusutan nilai sebanyak 40% dan 70% iaitu dalam dua kelompok yang jelas berbeza diperolehi. Nilai-nilai purata berkaitan ialah 136 MPa dan 66 MPa. Untuk ujian beban titik penyusutan nilai ialah 60% kepada nilai purata 3.8 MPa dan bagi kekuatan regangan penyusutan nilai ialah 65% kepada nilai purata 5.7 MPa.

 

Abstract: Quartz porphyry or rhyolite porphyry is a general name for one of the rock types which forms part of the roof pendant in the Main Range in the Genting Sempah area of Selangor-Pahang. This is a volcanic rock with a porphyritic texture and grey to greenish grey as its main colour. The phenocrysts are of medium grain size (2 mm-5 mm) with a fine grained groundmass (<2 mm).

Determination of the strength of the quartz porphyry enabled its classification as having very high strength, with an average value of the uniaxial compressive strength of 222 MPa, and a maximum value of 235 MPa. The average point load index has a value of 9.7 MPa with an average tensile strength (Brazilian test) of 16.5 MPa. The presence of discontinuities leads to a reduction in strength. For uniaxial compressive strength, a reduction of 40% and 70%, that is in two distinctly different groups was obtained. The respective average values are 136 MPa and 66 MPa. For the point load index, a reduction of 60% to an average value of 3.8 MPa was obtained and the tensile strength showed a reduction of 65% to an average value of 5.7 MPa.