Beberapa aspek penggunaan teknik analisis pengaktifan neutron dalam kajian geologi

702001-101305-1105-B
Author : Mohd. Suhaimi Hamzah, Abd. Khalik Hj. Wood, Zaini Hamzah & Che Seman Mahmood
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 121-134
Volume Number : 24
Year : 1989
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm24198910

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 24, Oct.1989, pp. 121 – 134

Beberapa aspek penggunaan teknik analisis pengaktifan neutron dalam kajian geologi

MOHD. SUHAIMI HAMZAH, ABD. KHALIK HJ. WOOD, ZAlNI HAMZAH DAN CHE SEMAN MAHMOOD

Unit Tenaga Nuklear, Komplek PUSPATI, Bangi, 43000 Kajang, Selangor

 

Abstrak: Analisis pengaktifan neutron (Neutron Activation Analysis) merupakan teknik analisis yang telah banyak digunakan dalam kajian geologi. Kegunaannya yang meluas adalah disebabkan oleh kepekaannya, kebolehsuaian (adaptability) terhadap jenis-jenis sampel dan kebolehannya memberikan maklumat unsur yang banyak serentak. Rawatan kimia tidak perlu bagi teknik ini, oleh itu masalah gangguan bahan kimia terhadap analisis tidak timbul. Pemilihan masa penyinaran dan penyejukan yang sesuai boleh mengurangkan gangguan daripada unsur-unsur yang mengganggu (interference elements).

Kertas kerja ini membincangkan mengenai teknik analisis pengaktifan neutron, kemudahan teknik ini di Unit Tenaga Nuklear, penganalisisan contoh dari USGS dan AECL dan penggunaannya dalam kajian geologi seperti analisis emas, unsur-unsur nadir, uranium dan torium.

https://doi.org/10.7186/bgsm24198910


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1246