Identification and characterization of geoheritage resources at Hulu Langat, Selangor

702001-101912-1735-B
Author : Tanot Unjah, Muzaffar Yusry, Norbert Simon
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 191 - 204
Volume Number : 72
Year : 2021
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm72202115

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 72, November 2021, pp. 191 – 204

Pengenalpastian dan pencirian sumber warisan geologi Hulu Langat, Selangor

Identification and characterization of geoheritage resources at Hulu Langat, Selangor

Tanot Unjah1,*, Muzaffar Yusry1, Norbert Simon2

1 Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
2 Program Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
* Corresponding author email address: tanot-u@ukm.edu.my

Abstrak: Pengenalpastian dan pencirian kepelbagaian geologi bagi sesuatu tapak memerlukan satu pendekatan lebih bersistem untuk tujuan pemuliharaan tapak bernilai warisan geologi. Kehadiran batuan igneus dan metamorf di sekitar Hulu Langat membentuk kepelbagaian batuan dan rupabumi serta fitur geomorfologi semulajadi yang terdiri daripada mata air panas, air terjun, perbukitan dan pergunungan yang mempunyai potensi untuk dipulihara sebagai geotapak bernilai warisan. Di samping itu aktiviti yang berkaitan dengan perlombongan terhadap bijih yang dihasilkan daripada sentuhan batuan meninggalkan tasik dan bekas lombong manakala kawasan yang berdekatan dengan pergunungan mewujudkan kawasan tadahan dalam bentuk empangan sekitar kawasan ini. Analisis peta topografi, pentafsiran imej satelit dan foto udara serta kerjalapangan membantu dalam proses pengenalpastian dan pencirian lokaliti potensi geotapak berdasarkan kepelbagaian rupabumi. Sejumlah 31 berbanding 10 daripada kajian sebelumnya merupakan potensi geotapak yang mempunyai nilai saintifik dari segi geologi telah dikenalpasti daripada kajian ini. Potensi geotapak ini dikelaskan kepada kepelbagaian geologi, rupabumi semuljadi dan rupabumi antropogenik. Pencirian mendapati 6 daripada potensi geotapak mempunyai sifat perwakilan lokaliti tip, 4 daripadanya mempunyai kelangkaan sebagai satu-satunya tapak mencirikan elemen geologi, 27 potensi geotapak mempunyai integriti terpelihara dan 4 dalam mempunyai kepentingan saintifik dalam penulisan journal antarabangsa. Pengenalpastian dan pencirian sumber warisan geologi ini diperlukan sebelum penilaian, penarafan dan cadangan pemuliharaan atau pembangunan dikemukakan dan pada masa yang sama memperkukuh pendekatan geologi pemuliharaan

Kata kunci: Pengenalpastian, geotapak, geologi pemuliharaan, warisan geologi, Hulu Langat

Abstract: Identification and characterization of geodiversity for sites need more systematic approach for the purpose of conserving site with high geoheritage value. The present of igneous and metamorphic rock at Hulu Langat creates diversity in rock, features and geomorphological features includes hot spring, waterfall, hill and mountain that hold potential as a protected geosite of heritage value. Besides, the previous tin mining activities created by the contact metamorphism, left series of lakes and ponds while the nearby mountain is susceptible area as watershed that turn into dams around the area. Analysis on topographical maps, satellite image and aerial photograph interpretation aided in identification potential geosite based on geomorphological diversity. A total of 31 potential geosites with geological-scientific value have been identified in this study compare to 10 from the previous study. The potential geosite have been classified into rock diversity, natural landscape diversity and anthropogenic landscape diversity. Characterisation recognise 6 of these potential geosite are best example or tip location to illustrate the geological element, 4 of these geosites are the only occurrence of the geological element, 27 of the potential geosites are well preserved and 4 hold the scientific knowledge written in the international journal. The identification and characterisation of geoheritage resources are crucial steps before evaluation or assessment, ranking and conservation or development being propose, while strengthen the conservation geology approach.

Keywords: Identification, geosite, geological conservation, geological heritage, Hulu Langat

DOI: https://doi.org/10.7186/bgsm72202115


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1246